Jumaat, Sept 12
Bandung, indonesia
Sebelum maghrib
Hujan
Aku ada kawan yang soleh. Saat sedang random berwhatsapp entah yang kuban-kubam, teman aku berkata dengan nada berseloroh: dah la kau, aku nak doa. asar ke maghrib hari jumaat ni maqbul.
Terus aku tengok luar, ternyata, hujan lagi. dan aku seorang perantau lagi.
Cuba tengok hadith2 ni, semua kena kat aku:
“Tiga doa yang mustajab, tanpa keraguan: doa orang yang dizalimi, doa musafir, dan doa orang tua terhadap anaknya.”
— (HR. Abu Dawud, al-Tirmidzi, Ibnu Majah; dinilai hasan oleh al-Albani)
“Dua doa yang tidak akan ditolak: doa ketika azan berkumandang, dan doa ketika hujan turun.”
— (HR. Abu Dawud no. 2540, dinilai hasan oleh al-Albani)
“Pada hari Jumaat ada satu saat; tidaklah seorang hamba Muslim berdiri solat lalu berdoa kepada Allah bertepatan dengan waktu itu, melainkan Allah akan memberinya apa yang dia minta.”
— (HR. al-Bukhari & Muslim)
“Hari Jumaat itu dua belas jam. Pada hari itu ada satu saat, tidaklah seorang hamba Muslim memohon kepada Allah sesuatu melainkan Allah memberinya, carilah ia pada akhir waktu setelah Asar.”
— (HR. Abu Dawud no. 1048, al-Nasa’i, dinilai sahih oleh al-Albani)
----
Maka sungguh aku manusia paling rugi kalau aku tak berdoa.
Tapi nak doa apa ya?
umur dah 30 dari dulu asik minta dunia yang barakah, dunia yang diberkati, dunia yang baik.
jarang betul doa akhirat yang segini segitu
mcm.. doa supaya Allah kumpulkan dengan Nabi Muhammad setelah kebangkita, agar hilang kesunyian setelah lama dialam kubur. Doa agar dapat minum dari telaga nabi, setelah dahaga proses panjang. Doa agar bertemu dengan orang-orang yang kita sayang, tanpa satu pun sangkut tak dijumpai. paling takut kalau aku je tersangkut, yang lain berkumpul :(
Ya Allah, aku doa agar nanti kubur aku diluaskan. Di temani oleh Quran. Di sinar kehangatan cahaya barakah mu.
YaAllah aku mohon agar titian siratku lancar. tidak struggle, tidak lama. bahkan sepantasnya aku terus.
Ya Allah temukan aku dengan ibu bapa ku, guru2ku, murabbi2ku, rakan2 jihadku, anak2 tarbiah ku.
Y Allah ikhlas hatiku agar berdunia keranaMu, agar berakhirat bersamaMu.
YaAllah aku banyak dosa. Ketika aku muda aku rasa dosa aku dah banyak, ternyata makin tua makin banyak,
Ya Allah, jika kau tidak mengambil alih diriku, nescaya aku akan masuk kelembah kerugian, kebinasaan, kezaliman kepada diriku sendiri.
YaAllah, kuat aku untuk berdakwah, sepertimana sumpah yang pernah aku lafazkan.
Jangan kau kurangkan kesihatanku, kekuatanku, kebijaksanaanku, kecantikkanku, sebelum aku benar sudah beramal dengan amalan yang kau redha, quantiti yang kau redha, cara dan masa yang kau redha.
YaAllah, kalau kau tidak mengapunkan aku, nescaya tiada amal di dunia aku boleh lakukan untuk mengimbangi timbangan Amalku. Maka aku mohon, dengan sifat ihsan mu, ampun aku. please ignore aku punya kebodohoan2 yang berulang. yang telah berlaku, sedang dan akan berlaki.
YaAllah, hanya engkau yang tahu struggle aku, keinginan aku, kelemahan dan kekuatanku. bantu la aku untuk mencapai redhaMu.
YaAllah, izinkan aku beribadah kepada. mu. Izinkan aku untuk solat 5 waktu ontime, berserta tomaninah dan rawatib. izinkan aku berwirid setelahnya, izinkan aku tilawah, istighfar, mathurat dan qiyamullail.
YaALlah izin aku melakukan ibadah ini secara consistent sama ada bersendirian, bekeluarga, berkomuniti atau di dalam lingkungan musuh. Jadikan beribadah hanya keranaMu.
YaAllah, kurniakan tools2 yang mendekatkan aku dengan mu. isteri yang mendekat aku dengan mu. mengingatkan aku terhadap mu. kurniakan aku bisnes yang reminds me about you, and memotivasikan aku untuk lebih mencari keberkatan mu. Kurniakan anak2 yang hanya menambah ketaqwaan aku terhadapmu.
YaAllah kruniakan aku duit yang menbah sedeqahku dan redha mu. kurniakan business yang menambah zikirku pada mu. kurniakan financial freedom yang beserta amal yang jariah sehingga qiamat.
YaAllah jika aku terlalai, mohon ingatkan aku.
Jika aku tidur, kejutkan aku.
Jika aku lupa, ingantkan aku
Jika aku salah betulkan aku
Jika tidak tahu, ingatkan aku
YaAllah engkau tuhanku, tiada tuhan selain engkau, engkau telah menciptakan aku, dan aku menghambaimu, aku berlindung dari engkau dari kejahatan dunia dan akhirat, yang menjauhkan aku dari mu. Maka ampunkan, sesungguhnya tiada yang mengampunkan selain mu.
Aku redha engkau tuhanku, islam itu agamaku, dan muhammad itu nabi dan rasul aku.
Please, guide, me.